Aktiviti 2017
Selamat Datang pelajar - pelajar dikasihi

Mungkin ini adalah tahun yang terakhir sebab Cikgu akan bersara 

Laman ini sudah dipaparkan di Internet sejak tahun 2009

Tujuannya adalah membantu pelajar- pelajar Jurusan Perdagangan

di sekolah Menengah Teknik memahami  Pengajian Keusahawanan dengan lebih dekat lagi.

Adalah diharapkan laman ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar

di sekolah dan SPM.

Selamat maju jaya
Aktiviti 2016
Selamat datang ke Tahun 2016

Pelajar- Pelajar Tingkatan 5

Sila menjelajahi laman ini dan banyak nota, soalan, dan gambar aktiviti dipaparkan di sini.

Semoga ia membantu kamu sekalian lebih memahami pelajaran ini dan kenangan manis dari pelajar - pelajar Jurusan Perdagangan lepas

Ketua Panitia Pengajian Keusahawanan

Seminar Pengajian Keusahawanan 2016

Gambar Seminar Pengajian Keusahawanan 2016

Kelas Tambahan 2016

Aktiviti 2010

Kepada semua pelajar,

1.Buku Teks Kesusahawanan Tingkatan 5 dan Koleksi soalan SPM lepas diedarkan kepada semua pelajar Tingkatan 5P1 dan 5P2 pada 4 Januari 2010.     
 
2. Kelas Tambahan dijalankan pada 6 Februari 2010 iaitu 8.00-9.30 malam.Seramai 35/42 orang pelajar menghadiri kelas tersebut.Yang tidak hadir adalah Ibrohim,Diana,Muna dan Tan (5P1) dan Faezah, Izzati dan Farah (5P2) . Ini bermaksud 83% pelajar Jurusan Perdagangan menghadiri kelas itu. Nota tambahan dan latihan menjawab soalan SPM lepas dijalankan semasa kelas tambahan itu.                                                                                                      
 
3.Ujian Prestasi 1-Pelajar terbaik dalam jurusan Perdagangan adalah Fatin Adbatul yang memperolehi markah tertinggi dan gred A dalam Ujian tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan dan semoga beliau akan memperolehi gred A+ dalam ujian akan datang.                                                                                         
 
4. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 . Pelajar terbaik adalah Siti Nuriffah (5P1) yang memperolehi markah tertinggi iaitu 67% (B+). Tahniah kepada semua pelajar Jurusan Perdagangan yang lulus peperiksaan ini. Peratusan lulus adalah 60%. Manakala terdapat 17 orang yang tidak berjaya kali ini. Semoga mereka akan berusaha dan akan lulus dalam Peperiksaan Percubaan 2010 yang akan berlangsung pada September 2010.                                                                
 
5. Rancangan Perniagaan (hardcopy) perlu siap pada atau sebelum 25 Jun 2010. Oleh itu semua pelajar (terutama sekali pelajar Asrama)diperingatkan berusaha menyiapkan sebelum balik ke sekolah pada 21 Jun 2010. Mereka yang gagal menghantar Rancangan perniagaan yang siap pada tarikh akhir akan didenda atau markahnya akan dikurangkan. Ini bermaksud gred A mungkin tidak dapat diperolehi jika gagal menyiapkan pada tarikh akhir ini.                                                             
 
6. Tip Peperiksaan Percubaan / Peperiksaan Akhir Tahun / SPM 2010 sudah keluar. Sila merujuk ke Menu Tip Peperiksaan bagi maklumat lanjut. Maklumat baru akan dimuatkan ke laman ini dari masa ke masa. Setakat ini anda boleh merujuk nota Bab 1 dan analisis Kertas 2 soalan 1.                                                 
 
7. Keputusan Peperiksaan Percubaan 2010.Pelajar Terbaik adalah Siti Nuriffah yang memperolehi 71%.Pelajar Kedua baik adalah Nur Sakila yang memperolehi 69%.Tahniah kepada semua pelajar yang lulus. Selamat Hari Raya !
 
8. Kelas Tambahan Menjelang SPM 2010 (Pengajian Keusahawanan) 
Tarikh  : 13 Disember 2010 (Isnin)
Masa    : 10.00 pagi
Agenda : Tajuk penting SPM 2010 & teknik menjawab soalan SPM
Kehadiran anda semua adalah wajib. Jangan lepas peluang emas ini.
(Seramai 28/41 pelajar (68% kehadiran) pada kelas tambahan tersebut)
 
9. Kelas Tambahan Sesi kedua
Tarikh : 14 Disember 2010 (Selasa)
Masa   : 9.00 - 10.30 pagi
Agenda: Nota tambahan , Sifir Keusahawanan & tajuk penting
                akan dimaklumkan
Kehadiran semua pelajar Jurusan Perdagangan adalah sangat digalakkan
 
 
 
118795 Visitors118795 Visitors118795 Visitors118795 Visitors118795 Visitors118795 Visitors118795 Visitors